Thursday, February 25, 2010

Seorang insan yang bernama kekasih

Assalamualaikum..

diri ini rasa bahawa ini bukanlah ini akhirnya sebuah cerita.. Malah suatu permulaan..
ku rasakan bgaikan ini semua adalah yang telah tersirat dan tersurat.. harus ku sabar menempuhi pelayaran ini.. untuk menuju kebaikkan.. buat diriku dan juga teman yang dikurniakanNya.. ku sedar betapa jauh kita telah pergi.. Cinta yang pada mulanya merupa kan cinta yang suci tetapi menjadi cinta yang tiada batas.. subahanallah..

syukurku padaMu Ya Allah dikurniakan teman yang melabuhkan cintanya pada-Mu, .. agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu...

Teman
Inginku mohon ampun teman.. kehadiranku telah menyebabkan dirimu hilang.. terima kasihku akan semua yang telah kita lalui.. izin kan ku pergi darimu.. agar dirimu dapat meneruskan perjuanganmu.. InsyaAllah tak kan hilang cinta ini kepada dirimu..
akan ku rela semua ini.. mohon ampun dan maaf sekali lagi wahai teman..
sesuatu permulaan yang baru..


Bismillilahirahmanirahim..

Ya Allah.. sesungguhnya hambaMu yang dhoif ini bersyukur akan nikmat yang telah Engkau berikan padaku..
sesungguhnya semua ini ketentuanMu Ya Allah..
syukurKu kepadamu Ya Allah.. andai ini petunjukMu yang aku mohon selama ini.. akan aku redha dengan semua ini Ya Allah.. walaupun pilu rasa hati ingin untuk berbuat begini.. jika ini baik buat dirinya maka aku harus relakan..
jangan diriku yang hina ini menyebabkan seorang lagi hambaMu jauh tersesat dari jalanMu..
aku mohon akan keampunanMu ya Rahman..
andai dirinya tercipta untukku kan ku sabar merentasi dugaan ini.. kerana tidak terdaya diri ini untuk melakukan apa-apa selain kembali kepadaMu..
ku mohon agar Engkau kurniakanku dirinya sebagai teman.. jikaku bukan teman yang Engkau ciptakan buat dirinya.. maka Engkau kurniakanlah lelaki yang sebaik diriNya untuk perjuangan ini..

Amin ya rabb..

Tak ku bersedih malah gembiraku buatmu yang telah temui jalan pulang pada diriNya..
akan ku tunggu..

Yang tulus ikhlas dariku..
yellow eyes purple smile